Disclaimer

Cerita ini adalah fiksyen semata-mata, tidak ada hubungan antara yang hidup dengan yang mati. Persamaan nama dan tempat hanya sekadar satu kebetulan.

Wednesday, March 7, 2012

Entri 1: Permulaan



@xalienx
Pembunuhan lagi. Mayat takde kepala jumpa tepi jalan. Dekat Manipal Melaka. Sial sial sial! Ni dah kes yang keberapa ni! Polis buat apa???

@ayam_ayam
Gila! Semlm adik aku ckp jmpa mayat takde kepala dekat sebelah rumah! Cam babi!

@ekonrosak
@kambingbiru @syarif mayat ilang kepala lg! Polis jmpa kat pintu depan kampus MMC. Babibabibabibabibabi.

            Dia tutup Twitter. Atau lebih tepat lagi, buat-buat tak nampak. Mayat lagi. Orang mati lagi. Kena bunuh lagi. Badan ada, kepala takde. Masuk ni, dia kira, dah sepuluh kes. Sepuluh. Nampak sikit, tapi sepuluh dalam masa tiga minggu. Banyak. Cepat. Merisaukan. Yang lebih mengerikan lagi, pihak polis tak dapat nak kesan siapa yang buat. Satu klu pun takde. No lead, no nothing.

            Perlahan dia bangun, bergerak ke dapur. Mug merah kegemaran diambil, sekalian dengan Nescafe3-in-1 kuning. Perlahan paket Nescafe dibuka, dicurah ke dalam mug. Thermos yang memang tersedia air panas dicapai dan isi dicurah dalam mug. Sedikit terpercik ke tangan. Dia menyumpah. Diambil sudu teh, minuman dikacau-kacau sambil dia berfikir…

            Sepuluh orang mati. Dari latar belakang berbeza. Connections? Takde. Macam mereka tu semua berada di tempat yang salah, pada masa yang salah. Kalau tak kerana cara mati yang sama, mungkin tak menjadi kes. Semua mayat ada kesan tikaman di perut. Kepala dipenggal. Bersih, macam pembunuh dah biasa. Dan pakai parang tajam. Sekali cantas habis. Clean cut betul. Tapi darah takde. Sah bukan dibunuh kat tempat jumpa. Kalau tak, mesti penuh darah mencurah. Macam sembelihan. Motif? Duit? Entah, tiap kali cek mayat, wallet ada, duit ada. Kesan darah takde langsung kat wallet.

            Kenapa kena penggal kepala?

            Dahinya berkerut-kerut.

*****
            Ah…
            Baju ni, baju baru…
            Kenapalaaa aku tak pakai baju lain tadi…
            Habis kotor…
*****

            Amir capai kunci motor. Diluar hari makin panas. Dia baru nak cari sarapan. Tengah hari buta baru nak bangun. Bertuah punya budak. Sah, Subuh ke laut.

            Dengan muka tak mandi, gigi tak gosok, dia hidupkan enjin. Pintu rumah dikunci, kalau tak, mak, tak pun kakak membebel. Butang remote ditekan, sebelah pagar terbuka. Moden rumah. Pagar besi cikai, tapi ada autogate. Motor dibawa keluar, sambil menekan butang sekali lagi, menutup pagar pintu.

Matahari makin panas.

            Merayaulah dia mencari makanan. Tekak terasa mahukan mi, meluncur dia ke kedai Mamat yang di tepi jalan besar. Dekat. Murah pun murah. RM 3 kalau bungkus dapat penuh mangkuk nasi. Harga saudara.

“Bang, mi basah satu, nak bungkus.”
“Siap! Mak kau sihat, Amir? Tengah buat apa dia?”
“Sihat, ada kat rumah tu. Tadi dia ada kelas agama”

            Dan dia menunggu di meja, menantikan sebungkus mi. Diperhatikan sekeliling. Ramai pelanggan, kebanyakan kelihatan seperti pekerja pejabat. Ataupun hospital. Amir melihat jamnya. Angka digital menunjukkan pukul 1:30 petang. Oh. Patutlah…

Matanya melilau, jatuh ke surat khabar yang di meja sebelah. Dia ambil, untuk menghilangkan bosan menunggu. Terpampang di muka depan:

Mayat tanpa kepala ditemui di pintu belakang Kolej Manipal

Sabtu, 25 Feb 2012, Melaka – Mayat seorang remaja lelaki dipercayai berusia sekitar 17 tahun ditemui di pintu belakang Kolej Manipal malam tadi. Mayat tersebut kehilangan kepala…

Berderau darah membaca. Kolej Manipal... Pintu belakang… Matanya terbelalak. Belakang rumah belakang rumah belakang rumah belakang rumah…

Bingkas Amir bangun, mi yang telah siap dibungkus diambil, dibayar. Tergesa-gesa dia ke motor, lalu melaju pulang. Sepanjang jalan otaknya berputar, memikirkan berita yang dibacanya. Dia kenal pakaian pada mayat tersebut. Kasut pun tau kasut siapa. Rasa ngeri menyelinap di hati.

“Budak taman…”

Cepat-cepat dia merempit ke rumah.




2 comments: