@xalienx
Pembunuhan lagi.
Mayat takde kepala jumpa tepi jalan. Dekat Manipal Melaka. Sial sial sial! Ni dah
kes yang keberapa ni! Polis buat apa???
@ayam_ayam
Gila! Semlm adik
aku ckp jmpa mayat takde kepala dekat sebelah rumah! Cam babi!
@ekonrosak
@kambingbiru
@syarif mayat ilang kepala lg! Polis jmpa kat pintu depan kampus MMC. Babibabibabibabibabi.
Dia tutup Twitter. Atau lebih tepat
lagi, buat-buat tak nampak. Mayat lagi. Orang mati lagi. Kena bunuh lagi. Badan
ada, kepala takde. Masuk ni, dia kira, dah sepuluh kes. Sepuluh. Nampak sikit,
tapi sepuluh dalam masa tiga minggu. Banyak. Cepat. Merisaukan. Yang lebih
mengerikan lagi, pihak polis tak dapat nak kesan siapa yang buat. Satu klu pun
takde. No lead, no nothing.
Perlahan dia bangun, bergerak ke
dapur. Mug merah kegemaran diambil, sekalian dengan Nescafe3-in-1 kuning. Perlahan
paket Nescafe dibuka, dicurah ke dalam mug. Thermos yang memang tersedia air
panas dicapai dan isi dicurah dalam mug. Sedikit terpercik ke tangan. Dia menyumpah.
Diambil sudu teh, minuman dikacau-kacau sambil dia berfikir…
Sepuluh orang mati. Dari latar
belakang berbeza. Connections? Takde. Macam mereka tu semua berada di tempat
yang salah, pada masa yang salah. Kalau tak kerana cara mati yang sama, mungkin
tak menjadi kes. Semua mayat ada kesan tikaman di perut. Kepala dipenggal. Bersih,
macam pembunuh dah biasa. Dan pakai parang tajam. Sekali cantas habis. Clean cut
betul. Tapi darah takde. Sah bukan dibunuh kat tempat jumpa. Kalau tak, mesti
penuh darah mencurah. Macam sembelihan. Motif? Duit? Entah, tiap kali cek
mayat, wallet ada, duit ada. Kesan darah takde langsung kat wallet.
Kenapa kena penggal kepala?
Dahinya
berkerut-kerut.
*****
Ah…
Baju ni, baju baru…
Kenapalaaa aku tak pakai baju lain
tadi…
Habis
kotor…
*****
Amir capai kunci motor. Diluar hari
makin panas. Dia baru nak cari sarapan. Tengah hari buta baru nak bangun. Bertuah
punya budak. Sah, Subuh ke laut.
Dengan muka tak mandi, gigi tak gosok, dia hidupkan enjin. Pintu rumah dikunci, kalau tak, mak, tak pun kakak membebel. Butang remote ditekan, sebelah pagar terbuka. Moden rumah. Pagar besi cikai, tapi ada autogate. Motor dibawa keluar, sambil menekan butang sekali lagi, menutup pagar pintu.
Matahari makin
panas.
Merayaulah dia mencari makanan. Tekak
terasa mahukan mi, meluncur dia ke kedai Mamat yang di tepi jalan besar. Dekat.
Murah pun murah. RM 3 kalau bungkus dapat penuh mangkuk nasi. Harga saudara.
“Bang, mi basah
satu, nak bungkus.”
“Siap! Mak kau
sihat, Amir? Tengah buat apa dia?”
“Sihat, ada kat rumah
tu. Tadi dia ada kelas agama”
Dan dia menunggu di meja, menantikan
sebungkus mi. Diperhatikan sekeliling. Ramai pelanggan, kebanyakan kelihatan
seperti pekerja pejabat. Ataupun hospital. Amir melihat jamnya. Angka digital
menunjukkan pukul 1:30 petang. Oh. Patutlah…
Matanya melilau,
jatuh ke surat khabar yang di meja sebelah. Dia ambil, untuk menghilangkan
bosan menunggu. Terpampang di muka depan:
Mayat
tanpa kepala ditemui di pintu belakang Kolej Manipal
Sabtu, 25 Feb 2012, Melaka – Mayat seorang
remaja lelaki dipercayai berusia sekitar 17 tahun ditemui di pintu belakang
Kolej Manipal malam tadi. Mayat tersebut kehilangan kepala…
Berderau darah membaca. Kolej Manipal...
Pintu belakang… Matanya terbelalak. Belakang rumah belakang rumah belakang
rumah belakang rumah…
Bingkas Amir bangun, mi yang
telah siap dibungkus diambil, dibayar. Tergesa-gesa dia ke motor, lalu melaju
pulang. Sepanjang jalan otaknya berputar, memikirkan berita yang dibacanya. Dia
kenal pakaian pada mayat tersebut. Kasut pun tau kasut siapa. Rasa ngeri
menyelinap di hati.
“Budak taman…”
Cepat-cepat dia
merempit ke rumah.
permulaan yang baik. no pressure but nak lagi buleh?
ReplyDeleteBuleh!
ReplyDeleteBos suruh, mesti buleh haha