“Makanlah sayang,
penat saya masak…”
*****
Malam
itu dia keluar lagi. Merayau merayap. Pergi melihat tempat kejadian. Pergi ke
pintu belakang Kolej Manipal. Melihat surau kosong. Memang sepi, memandangkan
sudah tengah malam. Surau gelap gelita, tetapi diterangi samar-samar lampu dari
kawasan Kolej Manipal. Rumah di sekitarnya terang-benderang, dengan pintu
tertutup rapat, terkunci, langsir ditarik, tak kelihatan langsung di dalam. Seram
agaknya, gara-gara mayat tanpa kepala ditemui hampir dengan rumah mereka.
Sudah sepuluh orang mati, sampai saat itu.
Semuanya ditemui di kawasan ramai orang. Adakah kerana memang si pembunuh mahu
mangsanya cepat ditemui? Macam ya. Kalau tak, takkanlah dicampakkan dekat
pasar, bus stand, tepi jalan, taman perumahan… cabaran terhadap pihak polis? Suruh
cari dia? Nak main teka-teka apa? Macam kes Zodiac killer? Tapi satu surat,
klu, trademark pun takde. Ok, klu ada, semuanya takde kepala. Takde kepala? Jangan-jangan…
Dia geleng kepala. Tak mungkin. Mereka takde
fine motor function. Hanya ada gross motor je. Jadi tak mungkin. Kalau mungkin…
alangkah mengerikan. Tapi nasib baik sampai sekarang takde kes yang dilaporkan
yang mereka telah ada fine motor function. Lagipun kes-kes tu terlalu jauh,
terlalu terpencil, kalau nak sampai ke sini. Kecuali…
Dia geleng kepala lagi. Tak, tak. Kalau dah
jadi wabak, mesti kecoh. Orang takkan keluar sesuka hati. Jadi teori tu boleh
dimansuhkan. Tapi bab kepala hilang… nak buat kepala kecut apa?
Dia jalan lagi. Pusing-pusing sekitar
surau dan pintu pagar. Ada tali kuning tanda polis di tempat kejadian. Dia angkat
tali, sekadar cukup untuk lalu di bawahnya, dan masuk. Melihat-lihat
sekeliling, mencari sebarang petunjuk, yang diharapkan terlepas dari pandangan
polis. Angan-anganla. Perlahan dia berjalan. Langkah diatur cermat. Hati-hati. Tak
mahu terpijak lebih dari yang patut. Kalau boleh terapung, dia nak terapung
dah. dia keluarkan lampu suluh dari beg yang disandang. Suluh tanah.
“Karang suluh-suluh nampak kepala… best!”
getusnya dalam hati. Ok, jangan nak merepek tengah malam buta. Buat kerja, buat
kerja. Tanah disuluh terus, setiap batu dikuis, dilihat di bawahnya. Setelah sejam,
dia puas hati. Tiada apa di situ. Memang tiada yang baru. Atau lebih tepat
lagi, pintu belakang Manipal tu sekadar tempat buangan badan je. Setelah dibunuh,
kepala diambil, badan dibuang di situ.
Something clicked in the head. Mangsa,
Azrul, tinggal di taman itu. Mangsa sebelumnya, Farhana, ditemui berdekatan
dengan sekolahnya. Yang sebelumnya, badan diletak di pinggiran jalan laluan
utamanya. Seperti… mangsa-mangsa tersebut dikenali pembunuh. Paling minimal,
rutin harian mereka diketahui…
Cepat-cepat dia keluarkan nota birunya
yang sudah hampir lunyai. Dengan pen hitam bermerk Faber Castell dia mencatat
laju. Tulisan haru hanya dia yang mampu baca. Dicoret-coret diagram di
permukaan kertas. Diselak muka surat lalu, corengan ditambah. Connection baru. Siasatannya
mula bergerak ke depan.
we're going with the tak payah explain route eh. okay. makes it easier. first time baca tadi ingat ade new character, a cop or someone like that. coz, if the main dude becomes too engrossed with investigating, maybe the twist later become unbelievable for him not to know.
ReplyDeleteHaah, going for the tak payah explain. It's not a new character, this one is from the first entry. but i think i'm still gonna make the twist unexpected for the person. but we'll see how. haha! rasa macam panjaaaaang lagi cerita ni. I'm trying my best to make it long, but not dragging.
ReplyDeleteIf nk twist unexpected buat mcm "23"..or "secret window" hehehehe
ReplyDeleteHehehe... tengok nanti jadi macam mana :D
ReplyDelete