Disclaimer

Cerita ini adalah fiksyen semata-mata, tidak ada hubungan antara yang hidup dengan yang mati. Persamaan nama dan tempat hanya sekadar satu kebetulan.

Sunday, April 15, 2012

Entri 6: Memori


Seharian Barak mengurung diri di bilik. Berbungkus selimut, langsir ditarik, lampu ditutup. Terketar-ketar dia di atas katil, walaupun cuaca Melaka yang membahang itu tak dapat diredakan dengan putaran kipas paling laju. Dia sangat takut, teringat kejadian malam itu. Malam yang tidak ada bezanya dari malam-malam sebelumnya. Malam di mana teman lepaknya paling tegar pulang ke rumah dahulu, walaupun sebelumnya dialah yang ajak lepak sampai tengah malam. Kipas berputar laju, deruan angin kuat. Peluh mencucur membasahi badannya yang kepanasan. Tapi dirasakan sejuk sekali. Tulang-temulangnya ngilu, gigi menggeletar.

            Mak Cik Fauziah mengetuk lagi pintu kamar Barak. Mengajak makan dan solat. Tapi tak kedengaran langsung anaknya menjawab. Dicuba membuka pintu, malangnya berkunci. Mahu saja dia mencari kunci bilik anaknya di antara gugusan kunci-kunci yang entah mana-mana, tapi suaminya menghalang. Disuruh membiarkan saja anak lelakinya itu. Biarkan anaknya melayan rasa seram, seriau, trauma. Kejadian yang bukan senang untuk dilupakan.

Barak mengerekot, melayan memori. Seingat dia, mereka hanya melepak di pangkin, tempat lepak biasa mereka. Melakukan perkara-perkara biasa, berborak dan ketawa. Man, seperti biasa perasan yang dia tu rocker, memetik gitar kapoknya itu malam-malam buta, sambil nyanyi dengan suara sumbangnya. Sudah berapa kali mereka katakan yang tak mungkin dia menjadi bintang YouTube, kerana, bak kata Amir “Suara kau dahlah macam katak, muka pecah pintu, ada hati nak upload video kat YouTube! Kalau main gitar bagus bolehla, ni main gitar pun bunyi ke laut, sudahlah! Karang kau upload, dapat dislike 100 juta kali, kau nangis. Kitorang pun tak tahan dengar kau nyanyi, apatah lagi entah siapa-siapa kat internet tu!” Tapi kata-kata pedas Amir itu hanya menjadi angin lalu di telinga Man yang yakin satu hari nanti, dia boleh menjadi sepopular Yuna.

Tapi malam itu mereka bertiga, tidak berempat seperti selalu. Terasa hambar tanpa kata-kata pedas dari Amir yang ada saja hal yang dia tak berpuas hati. Kawasan taman sepi, memandangkan sudah hampir jam 11 malam. Lampu-lampu jalan menerangi kawasan perumahan itu dengan cahaya suram. Sekali-sekala ada motor dan kereta lewat, pulang menuju ke rumah. Mereka bertiga masih ketawa. Bersenda-gurau. Motor kapcai cabuk Wak yang melewati pangkin berhenti sebentar.

“Korang ni, dah takde rumah ke? Tak reti nak balik dah malam-malam ni? Ayam pun reti balik reban, tau!” bebelan Wak disambut dengan gelak ketawa mereka bertiga

“Ala Wak, chill la! Baru pukul 10:55! Nanti 11:30 kitorang balikla!” Sahut Man.

“Banyakla kau punya 10:55! Balik! Dah malam! Apa budak sekolah melepak kat luar memalam buta! Balik! Esok sekolah! Dah, dah balik!”

Mereka hanya tersengih melihat cubaan orang tua itu menghalau mereka. Puas marah, Wak berlalu sambil merungut, meninggalkan mereka pergi dengan asap berkepul. Dan tiga remaja di pangkin, sambung berbuat bising. Malam makin larut…

“Weh, Barak, ko teng….”

“AJOY!!!”

Monday, March 19, 2012

Entri 5: Amarah


Hampir saja monitor komputer itu dipecahkan. Dia marah. Amukannya membara, membuak-buak, nyaris melimpah. Mouse digenggam erat, urat-urat jari tersembul menahan amarahnya. Gigi terketap, mata terjegil. Satu-satu perkataan terpapar di skrin dibaca dengan sakit hati.

Fuck em, fuck em hard. Fuck em!!!!

Setan muka merah lagi. Setan muka merah telah merampas kedudukannya. Dia ingat apa yang dia buat tu dah cukup mengejutkan. Dah cukup menakutkan. Tiba-tiba muncul setan muka merah, entah dari mana. Lagenda yang mengalahkan Slenderman. Langsung jadi bahan bualan, jadi momok di forum Something Awful itu. Dia bersusah payah membina kredibiliti, berbulan-bulan lurking kat forum tu, perah otak apa nak buat yang cukup shocking sampai boleh kalahkan Slenderman. Tiba-tiba je betina tu datang, entah dari mana, jadi famous. Dia tercabar.

Fuck you red faced devil! You’re nothing! Nothing compared to me! NOTHING YOU HEAR ME??? YOU BITCH! HOW DARE YOU TAKE MY MOMENT! HOWDAREYOUUUUUUU!!!

SLAM!

Bergegar meja komputer. Gelas kertas berlogokan McDonald’s bergegar, menumpahkan sebahagian isinya. Dia marah benar.

AAAAAAARGGHHHH!!!!!!!

WHAM!!!

Kesan merah terlihat di dinding. Berbentuk sebuku penumbuk. Tangan kanannya berdarah lagi. Dia masih belum puas. Dia bangun dari kerusi, lalu menyepak kerusi sekuat tenaga. Terpelanting perabot yang tak bersalah ke arah berlawanan. Dicapai apa yang berdekatan dengannya, kebetulan mendapat sisa plastik jajan Lays. Dilempar ke dinding. Masih belum puas. Marahnya terus membuak. Seperti gunung berapi menanti letusan. Disepaknya meja komputer. Bergegar monitor dan cpu. Cepat-cepat dia berhenti, mencari target lain.

Biliknya yang berantakan diredah. Ditambah semak. Baju-baju kotor yang bersepah dilantai ditendang, dirodok dengan kaki. Poster-poster di dinding yang sudah kuning dicarik-carik. Pintu bilik diterajang. Melepaskan marah. Akhirnya dia penat sendiri.

Fuck that bitch. I’ll do something bigger than beheading ten men.

Sumpah dia dalam hati. Dia membara dendam.

Terpampang di skrin, username Zombiefied memulakan thread bertajuk “The Red-Faced Demoness striked again”. Isi kali ini:


Zombified
Nov 15, 2011










#? Feb 27, 2012 08:21
Latest sighting of the Red-faced Demoness.

Someone told me that the Red-faced Demoness was seen slaughtering a guy almost twice her size two nights ago. As usual she was wearing her red mask, and that hot tight leather jacket of hers, also still wearing her trademarked skin tight pvc pants. Perhaps it’s easy to wash up all the blood of those clothing?
This time, she dumped her victim at the back door of a medical faculty campus. Also near a mosque. Which happened to be in a housing area. Kinda stir you up, right, to know that she’s might be quite close to you?

Sexy little kitten. I wish I could die in her hands.
Erghh
Sep 24, 2007

#? Feb 27, 2012 08:30
Dude, pics dude. Pics. No pics, no talk.






















Friday, March 16, 2012

Entri 4: Hubungan


“Makanlah sayang, penat saya masak…”

*****

            Malam itu dia keluar lagi. Merayau merayap. Pergi melihat tempat kejadian. Pergi ke pintu belakang Kolej Manipal. Melihat surau kosong. Memang sepi, memandangkan sudah tengah malam. Surau gelap gelita, tetapi diterangi samar-samar lampu dari kawasan Kolej Manipal. Rumah di sekitarnya terang-benderang, dengan pintu tertutup rapat, terkunci, langsir ditarik, tak kelihatan langsung di dalam. Seram agaknya, gara-gara mayat tanpa kepala ditemui hampir dengan rumah mereka.

Sudah sepuluh orang mati, sampai saat itu. Semuanya ditemui di kawasan ramai orang. Adakah kerana memang si pembunuh mahu mangsanya cepat ditemui? Macam ya. Kalau tak, takkanlah dicampakkan dekat pasar, bus stand, tepi jalan, taman perumahan… cabaran terhadap pihak polis? Suruh cari dia? Nak main teka-teka apa? Macam kes Zodiac killer? Tapi satu surat, klu, trademark pun takde. Ok, klu ada, semuanya takde kepala. Takde kepala? Jangan-jangan…

Dia geleng kepala. Tak mungkin. Mereka takde fine motor function. Hanya ada gross motor je. Jadi tak mungkin. Kalau mungkin… alangkah mengerikan. Tapi nasib baik sampai sekarang takde kes yang dilaporkan yang mereka telah ada fine motor function. Lagipun kes-kes tu terlalu jauh, terlalu terpencil, kalau nak sampai ke sini. Kecuali…

Dia geleng kepala lagi. Tak, tak. Kalau dah jadi wabak, mesti kecoh. Orang takkan keluar sesuka hati. Jadi teori tu boleh dimansuhkan. Tapi bab kepala hilang… nak buat kepala kecut apa?

Dia jalan lagi. Pusing-pusing sekitar surau dan pintu pagar. Ada tali kuning tanda polis di tempat kejadian. Dia angkat tali, sekadar cukup untuk lalu di bawahnya, dan masuk. Melihat-lihat sekeliling, mencari sebarang petunjuk, yang diharapkan terlepas dari pandangan polis. Angan-anganla. Perlahan dia berjalan. Langkah diatur cermat. Hati-hati. Tak mahu terpijak lebih dari yang patut. Kalau boleh terapung, dia nak terapung dah. dia keluarkan lampu suluh dari beg yang disandang. Suluh tanah.

“Karang suluh-suluh nampak kepala… best!” getusnya dalam hati. Ok, jangan nak merepek tengah malam buta. Buat kerja, buat kerja. Tanah disuluh terus, setiap batu dikuis, dilihat di bawahnya. Setelah sejam, dia puas hati. Tiada apa di situ. Memang tiada yang baru. Atau lebih tepat lagi, pintu belakang Manipal tu sekadar tempat buangan badan je. Setelah dibunuh, kepala diambil, badan dibuang di situ.

Something clicked in the head. Mangsa, Azrul, tinggal di taman itu. Mangsa sebelumnya, Farhana, ditemui berdekatan dengan sekolahnya. Yang sebelumnya, badan diletak di pinggiran jalan laluan utamanya. Seperti… mangsa-mangsa tersebut dikenali pembunuh. Paling minimal, rutin harian mereka diketahui…

Cepat-cepat dia keluarkan nota birunya yang sudah hampir lunyai. Dengan pen hitam bermerk Faber Castell dia mencatat laju. Tulisan haru hanya dia yang mampu baca. Dicoret-coret diagram di permukaan kertas. Diselak muka surat lalu, corengan ditambah. Connection baru. Siasatannya mula bergerak ke depan.

Saturday, March 10, 2012

Entri 3: Telefon

           Perlahan tubuh Ajoy diturunkan di liang lahad. Amir berdiri di tepi, hanya melihat Pak Isa meletakkan mayat temannya di liang kubur. Air matanya mengalir, sedih campur takut. Antara mereka berempat, hanya dia yang kelihatan. Satu sudah mati, dua lesap entah ke mana.


            Amir mengambil cangkul, bantu kambus kubur. Orang taman berdiri keliling, ada yang tolong, ada yang tolong tengok. Semua diam, semua muka murung. Anak muda, mati dengan ganas. Atau violent death bak kata orang putih. Berpeluh-peluh Amir. Badannya melekit, peluh campur tanah. Nasib baik tanah dekat Musai tu jenis tanah liat, tak susah sangat nak kambus. Setelah ditepek beberapa kali, dua batang kayu berbalut kain putih dipacak di pangkal dan hujung kubur. Buat penanda sementara tunggu nisan Ajoy siap.

            Selesai ditutup, Pak Imam duduk di kepala kubur, dan mula baca talqin. Amir senyap. Pak Isa tahan nangis. Mak Ya pegang Jaja kuat-kuat. Tak sanggup dia tengok kubur anaknya. Menyesal yang anaknya pergi masa dia masih marah. Suami Jaja ketap bibir. Bersumpah nak cari pembunuh sampai lubang cacing. Paling kurang, cari balik kepala Ajoy. Selesai talking dibaca, orang taman beransur pulang. Mak Ya peluk nisan Ajoy, tak mau lepas. Jaja dan Pak Isa terpaksa pujuk. Amir hanya berdiri tepi, melihat. Berfikir. Menangis.

            Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Amir kaget, hampir saja dia melompat. Diseluk saku, mencapai Samsung Galaxy Mini putih miliknya. Di skrin terpaparr nama Barak. Langsung Amir geser skrin, dan jawab.
           
             “Woi! Kau pergi mana? Ajoy mati kau tak datang pun melawat!”

            “Mir, aku takut Mir, aku takut. Muka dia macam setan Mir... Macam setan!”

            “Siapa? Sia... Hello? Hello? BARAK!”

            Panggilan terputus. Sial. Setan? Siapa? Amir makin pening.


“Amir! Kitorang nak balik ni!” Pak Zaid panggil, sambil menekan hon. Amir tersentak, kemudian berlari anak kea rah van jenazah. Pak Isa didepan, sebelah Pak Zaid. Mak Ya tak kelihatan, Jaja pun. Agaknya dia balik dengan kereta Jaja. Amir buka pintu belakang van, panjat naik dan duduk di lantai. Sekarang dia sendiri, tanpa Ajoy…

Terngiang-ngiang di telinga Amir panggilan Barak tadi. Muka setan? Siapa? Kenapa Barak dan Man selamat tapi Ajoy mati? Apa yang jadi lepas dia blah? Tapi persoalan yang paling penting, kenapa kepala Ajoy hilang?

Van berhenti mendadak. Hampir Amir terguling ke depan. Pintu belakang dibuka, muka Pak Zaid terjongol.

“Mir, dah sampai rumah. Mak kau dah balik”
“Oh. Thanks Pak Zaid!”

Dia pun turun, menekan punat remote. Sedetik kemudian dia menepuk dahi.

“Alamak! Motor aku tinggal!”


Thursday, March 8, 2012

Entri 2: Hilang


Di taman kecoh. Rumah Pak Isa ramai orang. Nak datang melawat. Si Ajoy meninggal. Waktu solat jenazah, mayat Ajoy Nampak pelik. Macam takde kepala. Orang taman sibuk bercakap. Mak Ya menangis tak berhenti. Jaja peluk mak dia kuat-kuat, sambil berjejer air mata. Suami si Jaja macam orang hilang akal. Pak Isa pula, termenung kat depan rumah. Hati gundah. Memikirkan salah anak.

Malam tadi dia risau, si Ajoy tak balik. Memang anak bertuah tu selalu balik malam, pukul 11, 12 baru nampak batang hidung. Tapi, tak selambat malam tadi. Pak Isa sampai tersengguk-sengguk dekat kerusi ruang tamu menunggu. Nak tunggu kat luar, sah banyak nyamuk. Mak Ya memang dah lama masuk bilik. Tak kuasa dia nak berjaga. Biarkan bapak dia handle si Ajoy. Penat dah dia membebel.

Dalam pukul 2, Pak Isa terjaga. Terdengar bunyi enjin kereta mati depan rumah. Dengar pula suara orang berborak. Dia naik darah. Angin satu badan, sebab dah pukul 2 baru si Ajoy reti nak balik rumah. Dia dah siap muka garang, hati panas waktu buka sliding door. Tapi, yang dia nampak depan pagar, bukan muka Ajoy.

Dua orang yang dia tak kenal berdiri di luar. Pakai baju polis. Siap dengan topi segala. Pak Isa kecut. Apalah si Ajoy ni buat sampai ada polis. Seorang tinggi, seorang rendah sikit. Susah nak nampak muka macam mana, sebab malam gelap pekat. Polis yang agak rendah membuka mulut bertanya.

“Encik, ini rumah no 18, Jalan Alam Indah 9 ke?”

Laju Pak Isa mengangguk. “Ya tuan, memang ni rumah no 18. Kenapa tuan?”

“Encik ni, ayah kepada Azrul?” Polis satu lagi pula tanya. Badannya agak lebar kalau dibandingkan kawannya yang rendah. Yang rendah tu kurus, yang ini, berisi sedikit. Pak Isa mengangguk. Dah tak sedap hati. Bukan, makin tak sedap hati. Tambah risau. Apa lagi si Ajoy ni buat…

“Encik, boleh kami masuk?”

Tergesa-gesa Pak Isa membuka pagar rumah, pelawa polis-polis masuk, lalu duduk di beranda. Dia memandang dua orang asing itu dengan muka risau, takut, bercampur-baur. “Kenapa ni tuan? Anak saya ada masalah ke?”

Polis yang tinggi berdehem. Menelan liur. Tak tahu macam mana nak disampaikan kepada seorang ayah yang didepan matanya. Dia mencari-cari ayat.

“Encik, minta maaf. Anak encik, Azrul, kami jumpa mayat dia dekat surau. Kepala dia takde.”

Pak Isa pengsan.
*****

Sampai rumah, Amir terus salin baju, pakai baju melayu biru. Dicapainya songkok hitam, diletakkan dikepala. Dia tak nampak kelibat mak dan kakaknya. Dah pergi melawat agaknya. Tak sempat makan, dia terus ke rumah Pak Isa, melihat jenazah sahabatnya buat kali terakhir.

Sampai sana, solat jenazah telah selesai. Jenazah nak dibawa kebumi, di tanah perkuburan Musai. Nasib baik ada yang teringat, panggil van jenazah, untuk bawa jenazah ke sana. Kalau tak, memangla mana-mana kereta jadi mangsa.

Amir menyibuk. Dia nak naik van, sekali dengan Pak Isa. Mak melarang, tapi dia degil. Dia bangkang, kata si Ajoy kawan dia. Sekurang-kurangnya dia berhak nak hantar Ajoy sampai ke liang lahad. Mak terpaksa akur, membenarkan Amir pergi. Kakaknya diam, berdiri senyap sebelah mak. Amir memanjat van, duduk di bahagian belakang, sekali dengan jenazah si Ajoy. Di tempat duduk depan, ada Pak Isa dengan Pak Zaid. Pak Zaid memandu. Pak Isa termenung terus. Dia tengok, memang kawan dia tu kepala hilang. Kesian Ajoy. Kebumi tak lengkap anggota. Van perlahan bergerak menuju tanah perkuburan. Di belakang, ada konvoi kereta dan motor, mengiringi mereka.

Amir seram. Teringat dia malam tadi. Entah kenapa, tiba-tiba tergerak nak balik awal. Belum pukul 9 malam, dia dah nak balik. Ajoy, Man dengan Barak masih rancak lagi borak dekat pangkin. Walaupun ditahan-tahan, dia tetap nak balik. Akhirnya setelah berbalas makian dengan Barak, dia terus blah. Balik rumah. Bukannya belajar, tapi layan bola.
Baru dia sedar, sehari suntuk tak nampak Barak dengan Man. SMS pun tak. Selalunya, memang telefon dia dah penuh dah dengan mesej dari si Man, ajak lepak. Ni seharian senyap. Takde satu mesej pun masuk. Tadi, di rumah Pak Isa pun dia tak nampak budak dua ekor tu. Dia hairan.

Ajoy meninggal. Barak dan Man takde. Pergi mana?

Wednesday, March 7, 2012

Entri 1: Permulaan



@xalienx
Pembunuhan lagi. Mayat takde kepala jumpa tepi jalan. Dekat Manipal Melaka. Sial sial sial! Ni dah kes yang keberapa ni! Polis buat apa???

@ayam_ayam
Gila! Semlm adik aku ckp jmpa mayat takde kepala dekat sebelah rumah! Cam babi!

@ekonrosak
@kambingbiru @syarif mayat ilang kepala lg! Polis jmpa kat pintu depan kampus MMC. Babibabibabibabibabi.

            Dia tutup Twitter. Atau lebih tepat lagi, buat-buat tak nampak. Mayat lagi. Orang mati lagi. Kena bunuh lagi. Badan ada, kepala takde. Masuk ni, dia kira, dah sepuluh kes. Sepuluh. Nampak sikit, tapi sepuluh dalam masa tiga minggu. Banyak. Cepat. Merisaukan. Yang lebih mengerikan lagi, pihak polis tak dapat nak kesan siapa yang buat. Satu klu pun takde. No lead, no nothing.

            Perlahan dia bangun, bergerak ke dapur. Mug merah kegemaran diambil, sekalian dengan Nescafe3-in-1 kuning. Perlahan paket Nescafe dibuka, dicurah ke dalam mug. Thermos yang memang tersedia air panas dicapai dan isi dicurah dalam mug. Sedikit terpercik ke tangan. Dia menyumpah. Diambil sudu teh, minuman dikacau-kacau sambil dia berfikir…

            Sepuluh orang mati. Dari latar belakang berbeza. Connections? Takde. Macam mereka tu semua berada di tempat yang salah, pada masa yang salah. Kalau tak kerana cara mati yang sama, mungkin tak menjadi kes. Semua mayat ada kesan tikaman di perut. Kepala dipenggal. Bersih, macam pembunuh dah biasa. Dan pakai parang tajam. Sekali cantas habis. Clean cut betul. Tapi darah takde. Sah bukan dibunuh kat tempat jumpa. Kalau tak, mesti penuh darah mencurah. Macam sembelihan. Motif? Duit? Entah, tiap kali cek mayat, wallet ada, duit ada. Kesan darah takde langsung kat wallet.

            Kenapa kena penggal kepala?

            Dahinya berkerut-kerut.

*****
            Ah…
            Baju ni, baju baru…
            Kenapalaaa aku tak pakai baju lain tadi…
            Habis kotor…
*****

            Amir capai kunci motor. Diluar hari makin panas. Dia baru nak cari sarapan. Tengah hari buta baru nak bangun. Bertuah punya budak. Sah, Subuh ke laut.

            Dengan muka tak mandi, gigi tak gosok, dia hidupkan enjin. Pintu rumah dikunci, kalau tak, mak, tak pun kakak membebel. Butang remote ditekan, sebelah pagar terbuka. Moden rumah. Pagar besi cikai, tapi ada autogate. Motor dibawa keluar, sambil menekan butang sekali lagi, menutup pagar pintu.

Matahari makin panas.

            Merayaulah dia mencari makanan. Tekak terasa mahukan mi, meluncur dia ke kedai Mamat yang di tepi jalan besar. Dekat. Murah pun murah. RM 3 kalau bungkus dapat penuh mangkuk nasi. Harga saudara.

“Bang, mi basah satu, nak bungkus.”
“Siap! Mak kau sihat, Amir? Tengah buat apa dia?”
“Sihat, ada kat rumah tu. Tadi dia ada kelas agama”

            Dan dia menunggu di meja, menantikan sebungkus mi. Diperhatikan sekeliling. Ramai pelanggan, kebanyakan kelihatan seperti pekerja pejabat. Ataupun hospital. Amir melihat jamnya. Angka digital menunjukkan pukul 1:30 petang. Oh. Patutlah…

Matanya melilau, jatuh ke surat khabar yang di meja sebelah. Dia ambil, untuk menghilangkan bosan menunggu. Terpampang di muka depan:

Mayat tanpa kepala ditemui di pintu belakang Kolej Manipal

Sabtu, 25 Feb 2012, Melaka – Mayat seorang remaja lelaki dipercayai berusia sekitar 17 tahun ditemui di pintu belakang Kolej Manipal malam tadi. Mayat tersebut kehilangan kepala…

Berderau darah membaca. Kolej Manipal... Pintu belakang… Matanya terbelalak. Belakang rumah belakang rumah belakang rumah belakang rumah…

Bingkas Amir bangun, mi yang telah siap dibungkus diambil, dibayar. Tergesa-gesa dia ke motor, lalu melaju pulang. Sepanjang jalan otaknya berputar, memikirkan berita yang dibacanya. Dia kenal pakaian pada mayat tersebut. Kasut pun tau kasut siapa. Rasa ngeri menyelinap di hati.

“Budak taman…”

Cepat-cepat dia merempit ke rumah.